Konsep Kejiranan


Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafit dan hamba yang kamu miliki.”


Tahukah anda apakah akhlak terhadap jiran antara Muslim dengan bukan Muslim? Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran bukan Muslim adalah seperti yang berikut:
(a) Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selagi tidak membawa mudarat
(b) Tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.
(c) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
(d) Membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan.
(e) Memberikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.
  

Hak-hak Jiran


Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

“Tahukah kamu apa dia hak jiran tetangga itu?”

1) Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
2) Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
3) Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
4) Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
5) Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.





Contoh meningkatkan semangat kejiranan
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. 

Selain itu, kita hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. 


Mesti juga mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga


Seharusnya



Tidak sepatutnya



Kesimpulannya, dalam kehidupan berjiran ada empat perkara penting, iaitu bekerjasama, membina hubungan erat, jangan ingat kita boleh hidup sendirian dan jangan bersikap sombong. Jadi setiap orang perlu berterima kasih kepada bantuan jiran; bahawa yang sebenarnya saya dapat hidup kerana bantuan daripada jiran. Oleh itu kehidupan berjiran sangat penting dalam kehidupan seharian. 




Seterusnya
« Prev Post
Sebelum
Next Post »