Selaku golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan, pelajar perlu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di universiti dan pusat-pusat mengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat memainkan peranan selaku pemimpin dan menangani pelbagai masalah masyarakat?
Hujah yang mengatakan bahawa keprihatinan sosial akan terbentuk apabila mereka memegang jawatan dan menjalankan tugas masing-masing nanti adalah suatu hujah yang simplistic. Memang sesiapa sahaja mudah mengatakan bahawa jawatan yang dipegang dan tugas-tugas yang dilaksanakan merupakan suatu manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosialnya walaupun hakikatnya dia mungkin “bekerja cari makan”.
Keprihatinan sosial penting kerana sikap ini merupakan intipati dan asas kehidupan bermasyarakat. Keprihatinan sosial semakin penting ketika berlaku proses pemodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai utama (core values) dan amalan kolektif (tradisional) masyarakat.
Kewajiban sosial: kewajiban perusahaan untuk memenuhi tanggungjawab ekonomis dan hukum.
Ketanggapan sosial: kemampuan perusahaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaaan masyarakat yang berubah-ubah.
DUA PANDANGAN TENTANG TANGGUNG JAWAB SOSIAL:
Pandangan Klasik pandangan bahawa tanggung jawab sosial pengurusan hanyalah memaksimumkan keuntungan.
Pandangan Sosial Ekonomi Pandangan bahawa tanggung jawab sosial pengurusan bukan sekadar menghasilkan keuntungan, tetapi juga merangkumi melindungi dan meningkatkan kesejahteraan sosial.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN PRESTASI EKONOMI
Hubungan antara penglibatan sosial dan prestasi ekonomi suatu syarikat boleh menjadi rumit, tetapi ada sedikit soalan bahawa tidak menghargai hal-hal sosial menjadi mahal akibatnya.
Etika pengurusan adalah peraturan dan prinsip yang mendefinisikan tindakan benar atau salah. Ada 4 pandangan dalam etika iaitu:
Pandangan utilitarian: keputusan etika dibuat semata-mata berdasarkan hasil atau akibat keputusan itu. Seperti menggalakkan kecekapan dan produktiviti untuk memaksimumkan keuntungan.
Pandangan hak: fokus pada penghormatan dan perlindungan hak kebebasan peribadi.
Pandangan teori keadilan: para pengurus memaksakan dan mendorong peraturan secara adil dan tidak memihak. Itu dilakukan dengan mengikuti seluruh peraturan dan perundang-undangan di bidang undang-undang.
Pandangan kontrak sosial bersepadu: keputusan etika harus berdasarkan norma etika yang ada, yang menyatakan benar atau salah.
ETIKA DALAM KONTEKS ANTARABANGSA
Sangat penting bagi pengurus individu yang bekerja dalam kebudayaan asing untuk menyedari pelbagai pengaruh sosial, budaya, serta politik dan undang-undang terhadap apa yang dianggap perilaku yang wajar dan dapat diterima. Dan organisasi global harus pula menjelaskan garis panduan etika organisasi tersebut agar para pekerja mengetahui apa yang diharapkan dari mereka sewaktu bekerja di lokasi tertentu di luar negeri. Itu menambah dimensi lain ke dalam pembuatan keputusan beretika.
CONTOH
1) Keprihatinan sosial merupakan suatu cetusan idealisme pelajar dan generasi muda umumnya. Idealisme ini memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar untuk melakukan yang baik, untuk menyumbang bakti kepada msyarakatnya. Ini amat wajar kerana masyarakat telahpun banyak berjasa kepada pelajar. Idealisme ini justeru tidak harus dicurigai, sebaliknya diberi ruang untuk berkembang.
2) Kalangan kakitangan akademik dan pentadbir yang diberikan kedudukan strategik di pusat-pusat pengajian tinggi perlu membantu menggalakkan keprihatinan sosial di kalangan pelajar. Mereka harus lebih accomodating dan bersikap toleran terhadap pelajar yang ghairah bertanya, meneroka dan kadangkala tidak sabar mahu bertindak itu. Perlu diakui bahawa semua itu suatu fenomena biasa di kalangan generasi muda termasuk pelajar. Ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sangat, tetapi harus dipantau dengan penuh timbang rasa dan tolak-ansur kerana kesan positif jangka panjangnya yang kerap terbukti itu.
RUMUSAN
Universiti sejak awalnya, diwujudkan untuk meneroka dan menyebar ilmu, menjadi medan perbahasan dan pertembungan pelbagai gagasan dan pemikiran, memupuk dan mengembangkan daya intelektual pelajar dan pensyarah, serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Malahan, apa yang dikatakan kecemerlangan dan keunggulan universiti (yang biasanya diasaskan kepada output penyelidikan, bilangan pelajar berijazah tinggi, karya ilmiahnya, dan pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berwibawa) tidak juga bermakna dan relevan, jika gagal menyesuaikan diri dengan cita-cita dan kehendak masyarakatnya.
Di sinilah keprihatinan sosial itu diperlukan kerana ia memberi makna kepada kewujudan universiti/pusat-pusat pengajian tinggi di tengah-tengah masyarakatnya. Jika universiti dapat diibaratkan sebagai tanah subur maka keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan pelajar dan masyarakat sekitarnya.
EmoticonEmoticon