Batas-Batas Pergaulan



Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.[Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121.]
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

1. Allah memerintahkan orang beriman agar menjaga maruah dan kehormatan diri bagi       
    mengelakkan fitnah.
2. Allah memerintahkan umat Islam menutup aurat kecuali kepada mahram
3. Allah memerintahkan umat Islam mengelakkan diri dari melihat perkara haram yang 
    membangkitkan nafsu

Kebaikan menutup aurat
1. Kehormatan dan maruah diri terpelihara.
2. Dapat mengelak daripad fitnah
3. Menghindarkan diri daripada perkara yang ditegah
4. Seseorang akan dipandang mulia
5. Dapat mendekatkan diri kepada Allah

Kewajipan Memelihara Maruah dan Kehormatan diri
 Islam menyuruh setiap induvidu muslim supaya menjaga kehormatan dirinya.
 Memelihara kehormatan diri menjadi perkara penting dalam syariat islam kerana matlamat utama perlaksanaan syariat adalah untuk menjaga kehormatan diri

Cara-cara menjaga kehormatan diri
 Menjaga pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
 Memelihara kehormatan diri
 Menutup aurat

Aurat perempuan
 Sesama perempuan muslim dan lelaki mahramnya : - ialah dari pusat hingga lutut
 Sesama perempuan bukan Islam dan lelaki bukan mahram:- seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan

Aurat lelaki
 Dalam semua keadaan kecuali bersama isteri
:- dari pusat hingga lutut

Hikmat disyaratkan menutup aurat
1. Menjaga kehormatan dan maruah diri
2. Mengekalkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini
3. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah maksiat
4. Mewujudkan hubungan harmonis sesama manusa
5. Mendisplinkan umat islam. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
Panduan berpakaian menurut Islam

LELAKI
1. Bukan daripada sutera tulin.
2. Barang perhiasan seperti cincin yang bukan dari emas
3. Tidak memakai pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain
4. Tidak menyerupai kaum perempuan

PEREMPUAN
1. Tidak memakai pakaian nipis, ketat atau jarang.
2. Tidak memakai pakaian menyerupai lelaki
3. Tidak memakai pakaian yang menjadi lambang keagamaan lain
4. Warna pakaian tidak terlalu terang yang menarik perhatian lelaki

Hukum menjaga maruah diri
1. Tidak memandang perkara-perkara haram
2. Memelihara kehormatan diri
3. Menutup aurat



Etika berpakaian menurut Islam
1. Menutup aurat samada lelaki       atau perempuan.
2. Harus menggunakan          
    perhiasan yang dibenarkan
3. Tiada bentuk fesyen, warna, 
     harga mengikut jantina
4. Tidak terlalu mewah
5. Tidak menyerupai orang kafir

Hikmah menutup aurat
1. Elak fitnah
2. Elak berlaku perkara buruk – 
    rogol dsb
3. Melambangkan keperibadian 
    muslim
4. Menjaga maruah dan '        
    kemuliaan ajaran Islam
5. Dihormati dan dimuliakan

Pengajaran ayat
1. Wajib ke atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkara-perkara yang 
    diharamkan
2. Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, '           onani dan sebagainya
3. Haram bagi perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah
4. Haram berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan susuk badan



CONTOH
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?
Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan mahram dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.



Anak Susuan
Maka dengan itu, batas-batas pergaulan dan aurat menjadi lebih luas dan mudah mengikut sebagaimana batas-batas pergaulan dan aurat antara sesama keluarga kandung, kerana anak susuan adalah seperti anak sendiri.



Sumbang Mahram
Pengertian Sumbang Mahram:
Perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab (keturunan) dengan mangsa. Sebagai contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya.

Kesimpulan
Pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya. 


Seterusnya
« Prev Post
Sebelum
Next Post »