Hiburan Melampau

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:

‘’ Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah Hari Raya Aidilfitri. Tuhan bersabda, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.’’
q  Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam.
q  Al-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, mengatakan bahawa antara hiburan yang menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian.
Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).



Garis Panduan (Hiburan)
1)      Program Hiburan
   Bermatlamatkan kebaikan & kesejahteraan.
    Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat & ajaran Islam.
    Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

 2) Persembahan Muzik
  • Tidak menimbulkan gerak-geri liar.
  • Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
  • Tidak melalaikan
 3) Lirik
v  Kalimah syahadah dalam Bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
v  Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v  Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah & syariat Islam.
v  Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.

 4) Persembahan Artis
Ø  Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
Ø   Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
Ø   Tidak melakukan gerak-geri & perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat & menghina Islam.

 5) Persembahan Tarian
  • Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
  • Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
  • Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
  • Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan
 Contoh Hiburan

Hiburan yang melibatkan sentuhan di antara lelaki dan perempuan

Hiburan yang membiarkan pergaulan bebas

Kesimpulan
Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia,  menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industry hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W.


Seterusnya
« Prev Post
Sebelum
Next Post »

1 comments:

Write comments
4 March 2022 at 00:30 delete

Wynn casino: Get $1,000 in free bonuses - JTM Hub
Wynn has launched 속초 출장안마 a new casino app, Wynn Rewards, that allows you 세종특별자치 출장마사지 to earn more than just playing slots and 당진 출장마사지 video 남원 출장안마 poker. Rating: 4.6 · 안양 출장마사지 ‎10 reviews

Reply
avatar